Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 2 April 2012

Gambar Potret




 




Mengetahui Sensitiviti ISO

Jurugambar perlu memahami sensitiviti ISO. ISO menentukan nilai Shutter dan Aperture yang sesuai dalam foto yang mahu dirakam.
ISO dalam fotografi berkaitan dengan sensitiviti sensor dalam menyerap cahaya. Pada era kamera filem, sensitiviti ini disebut  sebagai ASA.

ISO dikenali melalui angka. semakin besar angkanya, semakin besar sensitivitinya pada cahaya. sensitiviti adalah kemampuan kamera menyerap cahaya. Sebagai contohnya, foto yang menggunakan ISO 800 kelihatan terang berbanding foto yang menggunakan ISO 200.

Namun, penggunaan ISO yang tinggi memberi kesan kepada foto. semakin sensitif sensor pada cahaya dan tinggi ISO semakin tinggi noise yang terhasil. foto kelihatan seperti berpasir dan kasar.

Nilai ISO berkaitan juga dengan Shutter Speed. sebagai contohnya, dalam keadaan persekitaran yang redup. dengan menggunakan mode Shutter Priority dengan nilai ISO 200, Shutter maksimum yang diperoleh adalah 1/2 saat. sekiranya ISO ditingkatkan menjadi 800, maka shutter maksimum yang diperoleh adalah 1/15.

Cuba kita perhatikan kedua-dua gambar di bawah ni yee..

ISO 200


ISO 800

Kuasai Shutter Speed

Melalui Shutter Priority, kita hanya dapat menetapkan nilai Shutter sahaja. Aperture dan yang lainnya ditetapkan oleh kemera secara automatik.

Mode foto ini sesuai bagi merakam foto yang sedang bergerak. Gunakan Shutter Priority apabila ingin merakam foto kenderaan yang sedang bergerak di jalan raya dengan menetapkan Shutter kepada angka yang tinggi ataupun menghaluskan aliran air terjun dengan memperlahankan Shutter.

Mode ini sesuai dan memudahkan jurugambar apabila mahu menghentikan pergerakan subjek yang sedang melompat ataupun titisan air yang sedang mengalir bagi mendapatkan kualiti foto yang menarik. Shutter ditetapkan kepada angka yang tinggi, contohnya, 1/5000 saat ataupun lebih. Apabila subjek melakukan gerakan, fokus dan tekan butang Shutter.

Apabila Shutter ditetapkan dengan angka yang tinggi, kamera secara automatiknya menetapkan bukaan aperture yang lebar supaya metering cahaya seimbang. Perubahan aperture ini dapat mempengaruhi ketajaman foto.

Sekiranya jurugambar menggunakan Shutter tinggi, kamera secara automatiknya menetapkan aperture kepada angka yang rendah (bukaan tinggi). Ini menghasilkan foto dengan ruang ketajaman yang sempit. kebiasaannya, foto dihasilkan dengan latar belakang yang kabur.

bagi menjadikan subjek yang bergerak laju menjadi perlahan dan terhenti seperti aliran air terjun ataupun curahan air kopi ke dalam cawan, Shutter perlahan digunakan. Tripod juga diperlukan supaya kedudukan kamera kukuh.

Foto kabur biasanya terjadi kerana Shutter Speed yang rendah. Tripod dapat menyelesaikan situasi yang menjadikan kedudukan kamera kukuh dan mengelakkan kamera daripada bergoyang.

Shutter Speed adalah tempoh masa Shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor.

Shutter yang laju atau Shutter 1/500 saat mempunyai kemasukan cahaya yang sedikit. Kelajuan Shutter seperti ini memerlukan bantuan cahaya yang cukup. sekiranya tiada bantuan cahaya, foto yang dirakam menjadi gelap.

Perbezaan turutan Shutter dalam 1 f-stop adalah 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000, dan 1/2000 dalam 1 saat. Turutan itu tidak terhad. Ada yang berbeza seperti 1 saat, 2 saat, dan 5 saat.

Cuba kita bandingkan kedua-dua gambar di bawah ni yee...

1/4 sec

1/80 sec


Nampak kan perbezaannya... 


Memahami APERTURE

Mode ini digunakan bagi mencipta ketajaman foto. Sebagai contohnya, apabila ingin menghsilkan foto objek dengan latar belakang yang pudar, ruang tajam yang sempit perlu dicipta.
Cuba berlatih dengan merakam bunga. Tetapkan aperture kepada angka f yang rendah, contohnya f/5.6 ataupun f/3.5. Fokuskan pada objek dan tekan butang shutter. Hasilnya, latar belakang foto kabur..
Sebaliknya, jika angka aperture diubah menjadi f/11, f/16 sehingga nilai tertinggi hasilnya latar belakang foto menjadi tajam.

Ruang Tajam yang sempit dengan latar belakang yang kabur biasanya didapati dengan menetapkan bukaan aperture yang lebar iaitu ditandakan dengan angka aperture yang kecil. Sekiranya ini menjadi pilihan, maka secara automatiknya kamera menetapkan Shutter Speed kepada nilai yang tinggi.
Apabila ingin menghasilkan ruang tajam yang lebar dengan nilai f besar, kemungkinan besar kamera menetapkan Shutter Speed kepada angka rendah. Sekiranya itu berlaku, kamera perlu dipegang dengan kukuh ataupun menggunakan tripod supaya tidak bergoyang.

Aperture merupakan bukaan lensa bagi menetapkan jumlah cahaya yang masuk ke dalam kamera. Apabila menekan butang Shutter, maka lubang Shutter terbuka sehingga sensor dapat menangkap objek yang mahu dirakam. Aperture yang sudah ditetapkan berpengaruh pada ukuran lubang tadi. Semakin besar lubang Shutter yang terbuka, semakin banyak cahaya yang dapat masuk ke dalam kamera.

Ukuran Aperture dilabelkan dengan simbol f/nombor. Semakin besar nombor f, bukaan lensanya semakin mengecil. Sebaliknya, semakin kecil nombor f, semakin besar bukaan lensa.

Aperture adalah penentu ketajaman sesebuah foto. Aperture menetapkan ruang ketajaman foto melalui angka f/nombor. Dalam perbezaan nilai aperture, nilai 1 stop adalah f/2, f/2.8, f/4, f/5.6, f/8, f/11, f/16, f/22, dan f/32.

Perubahan nilai daripada f/2 ke f/2.8 dapat dikatakan penurunan bukaan lensa 1 stop atau -1. Mengapa? Melalui pertambahan nilai, bukaan Aperture semakin mengecil dan jumlah cahaya yang masuk menjadi sedikit. Sebaliknya, perubahan nilai daripada f/11 menjadi f/2.8 adalah peningkatan 4 stop atau -4.

Perhatikan perbezaan Kedua-dua Gambar Di bawah...

f/6.3

f/20


Bezakan....