Sebut saja..Adobe Photoshop. Siapa tidak kenal dengan perisian hebat khusus untuk image editing secara meluas dan terperinci ni kan. Adobe Photoshop versi terbaru yang baru sahaja dikomersialkan awal bulan April tahun 2010 adalah Adobe Photoshop CS5 yang juga didatangkan sekali dengan Adobe Creative Suite 5.
Kebanyakan jurugambar atau pembangun laman web (web developer) hari ini menggunakan perisian atau software Photoshop bukan sahaja mencipta bahkan mengolah gambar-gambar yang diambil supaya tampak menarik dengan efek-efek serta adjustment tertentu. Photoshop juga terkenal dengan mesra pengguna dan mampu melakukan pelbagai kehendak pengguna. Banyak info berkenaan Adobe ni anda boleh cari di internet. Hanya klik pada google saja beribu-ribu maklumat kita akan dapat.
Ada 8 bahagian atau 8 elemen utama dalam photoshop yang perlu diketahui umum untuk menggunakan Adobe Photoshop secara optimize.
1: Introduksi: Ruang kerja (work area).
2: Bermain dengan perkakas (tools) dan imej (images).
3: Warna (colour)
4: Pemilihan (selections) dan fungsi Quick Mask.
5: Lapisan (layers) dan pengolahan asas (basic retouching).
6: Perkakas mewarna (painting tools) dan pembetulan asas warna (basic colour correction).
7: Bermain dengan perkataan atau mukataip (text) dan penuras (filters)
8: Aksi (actions) dan bentuk (shapes).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan