Logo Design by FlamingText.com
Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 2 April 2012

Kuasai Shutter Speed

Melalui Shutter Priority, kita hanya dapat menetapkan nilai Shutter sahaja. Aperture dan yang lainnya ditetapkan oleh kemera secara automatik.

Mode foto ini sesuai bagi merakam foto yang sedang bergerak. Gunakan Shutter Priority apabila ingin merakam foto kenderaan yang sedang bergerak di jalan raya dengan menetapkan Shutter kepada angka yang tinggi ataupun menghaluskan aliran air terjun dengan memperlahankan Shutter.

Mode ini sesuai dan memudahkan jurugambar apabila mahu menghentikan pergerakan subjek yang sedang melompat ataupun titisan air yang sedang mengalir bagi mendapatkan kualiti foto yang menarik. Shutter ditetapkan kepada angka yang tinggi, contohnya, 1/5000 saat ataupun lebih. Apabila subjek melakukan gerakan, fokus dan tekan butang Shutter.

Apabila Shutter ditetapkan dengan angka yang tinggi, kamera secara automatiknya menetapkan bukaan aperture yang lebar supaya metering cahaya seimbang. Perubahan aperture ini dapat mempengaruhi ketajaman foto.

Sekiranya jurugambar menggunakan Shutter tinggi, kamera secara automatiknya menetapkan aperture kepada angka yang rendah (bukaan tinggi). Ini menghasilkan foto dengan ruang ketajaman yang sempit. kebiasaannya, foto dihasilkan dengan latar belakang yang kabur.

bagi menjadikan subjek yang bergerak laju menjadi perlahan dan terhenti seperti aliran air terjun ataupun curahan air kopi ke dalam cawan, Shutter perlahan digunakan. Tripod juga diperlukan supaya kedudukan kamera kukuh.

Foto kabur biasanya terjadi kerana Shutter Speed yang rendah. Tripod dapat menyelesaikan situasi yang menjadikan kedudukan kamera kukuh dan mengelakkan kamera daripada bergoyang.

Shutter Speed adalah tempoh masa Shutter terbuka bagi membolehkan cahaya masuk dan mengenai sensor.

Shutter yang laju atau Shutter 1/500 saat mempunyai kemasukan cahaya yang sedikit. Kelajuan Shutter seperti ini memerlukan bantuan cahaya yang cukup. sekiranya tiada bantuan cahaya, foto yang dirakam menjadi gelap.

Perbezaan turutan Shutter dalam 1 f-stop adalah 1/8, 1/15, 1/30, 1/60, 1/125, 1/250, 1/500, 1/1000, dan 1/2000 dalam 1 saat. Turutan itu tidak terhad. Ada yang berbeza seperti 1 saat, 2 saat, dan 5 saat.

Cuba kita bandingkan kedua-dua gambar di bawah ni yee...

1/4 sec

1/80 sec


Nampak kan perbezaannya... 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan